Wednesday, June 11, 2014

Arip Raih Gelaran Juara Kilauan Emas 4







KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik.

Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Proton jadi pengeluar kereta dunia









KUALA LUMPUR 9 Jun - Proton kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata pengerusi baharu Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar).
Perdana Menteri keempat itu berkata, Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.
"Kini, Proton mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas Proton.
Beliau berkata, semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.
"Kereta berikut dengan kualiti yang sama berharga RM120,000. Anda (pengguna) mahukan kereta murah, ok, Proton akan mengeluarkan kereta murah," kata Dr. Mahathir.
Ditanya sama ada Proton akan terus mengeluarkan kereta murah, Dr. Mahathir menjawab: "Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia bergerak tiga batu dan rosak." Mengulas sama ada Proton sudah didatangi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas untuk menawarkan dana, beliau berkata, Proton tidak pernah meminta dana.
Ditanya sama ada beliau sendiri selaku pengerusi Proton akan menemui mereka untuk mendapatkan dana, Dr. Mahathir menjawab: "Tidak sama sekali," "Ini disebabkan Proton ialah syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan," katanya.
Dr. Mahathir juga berkata, kerajaan kini menggalakkan import kereta daripada menggalakkan industri tempatan.
"Bila anda import kereta, wang mengalir keluar dan anda tidak dapat sebarang teknologi daripadanya," katanya.- BERNAMA


Pembinaan Menara Warisan sudah bermula









KUALA LUMPUR 19 Mac - Pembinaan Menara Warisan setinggi 118 tingkat yang menelan perbelanjaan RM5 bilion dan terletak berhampiran Stadium Merdeka di sini telah dimulakan pada tahun ini, setelah tertangguh beberapa tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah berkata, kos perbelanjaan dan reka bentuk bagaimanapun kekal seperti yang telah dirancang.
Katanya, menara itu dijangka siap menjelang 2018 dan kompleks keseluruhan meliputi hotel dan premis perniagaan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
"Kerja-kerja menanam cerucuk untuk menara itu telah pun siap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) di sini hari ini.
Pengumuman itu telah dilakukan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Ketika ditanya mengenai pengenalan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), Hamad Kama Piah berkata, PNB akan mengumumkan mengenai perkara itu seawal minggu pertama April ini.
Katanya, beliau berharap ASB2 dapat menarik penyertaan dalam kalangan generasi muda

.
"ASB2 mampu memberikan pulangan yang baik, bagaimanapun PNB tetap mengambil perhatian terhadap risiko-risiko pelaksanaannya," ujarnya.


Tuesday, June 10, 2014

MH370: Australia lantik firma Belanda kendali kajian pemetaan dasar laut










SYDNEY: Australia hari ini melantik firma Belanda, Fugro Survey Pty Ltd untuk menjalankan kajian pemetaan dasar laut sedalam 6,000 meter di zon pencarian pesawat MH370.

Langkah itu disifatkan penting bagi meneruskan pencarian yang dijadualkan bermula pada Ogos tahun ini. 



Sebelum ini, misi pencarian selama beberapa bulan gagal menemui sebarang kesan pesawat Boeing 777 itu yang hilang pada 8 Mac lalu ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal sebaik berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Penyiasat berkata, berdasarkan kepada bukti yang sedikit, mereka berpendapat kapal terbang itu sengaja dialihkan laluan beribu-ribu kilometer daripada laluan asal sebelum dikatakan terhempas di Lautan Hindi.

Fasa baharu pencarian akan diserahkan kepada tentera kepada firma swasta itu dijangka bermula pada Ogos dan mengambil masa sehingga setahun membabitkan kawasan kira-kira 60,000 kilometer persegi di lautan yang menelan belanja AS$60 juta atau lebih.

Setakat ini, misi pencarian berkenaan adalah yang termahal dalam sejarah penerbangan.

Sehubungan itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memilih firma Belanda, Fugro untuk mengendalikan kajian pemetaan dasar laut sebelum fasa pencarian boleh dimulakan. 
"Kajian batimetri itu akan merangka pemetaan dasar laut dalam zon pencarian, carta kontur, kedalaman dan komposisi dasar laut pada kedalaman 6,000 meter.

"Kajian ini akan memberikan maklumat penting bagi membantu merangka pencarian dasar laut bagi MH370 yang dijadualkan bermula pada Ogos ini," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan hari ini.

Monday, June 9, 2014

J-Lo tarik diri tiga hari sebelum upacara pembukaan Piala Dunia






J-Lo tarik diri tiga hari sebelum upacara pembukaan Piala Dunia





SAO PAULO: Bintang popular Jennifer Lopez menarik diri dari terlibat dalam persembahan pembukaan Piala Dunia di Brazil yang hanya tinggal tiga hari sahaja lagi, kata FIFA pada Ahad.

Lopez yang merakamkan lagu tema Piala Dunia bertajuk "We Are One" bersama Pitbull dan penyanyi dari Brazil Claudia Leitte dijadual akan membuat persembahan bersama di upacara pembukaan di Sao Paulo.

"Atas sebab-sebab produksi, Jennifer Lopez, salah seorang artis yang menyanyikan lagu tema "We Are One" tidak akan membuat persembahan di upacara pembukaan Piala Dunia FIFA," dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media.

Persembahan berdurasi 25 minit itu akan melibatkan 600 artis termasuk gimnas akrobatik, persembahan seni mempertahankan diri capoeira dan pejalan kaki jangkungan.

Acara kemuncak pada upacara itu adalah persembahan lagu tema "We Are One" tanpa Lopez dengan diiringi pemain drum Brazil, Olodum.

Penyanyi rap Pitbull berkata penarikan diri J-Lo tidak akan menjejaskan semangat beliau.

"Untuk mempersembahkan "We Are One" kepada dunia terutamanya di sebuah negara indah seperti Brazil akan memberikan lebih keseronokan. Lebih daripada ini, ia akan menunjukkan kepada dunia bahawa muzik adalah bahasa sejagat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA.

Lopez turut terlepas peluang pada satu acara yang diadakan Januari lalu bila mana Pitbull dan Leitte mendedahkan perancangan terhadap lagu tersebut.

Lebih 60,000 penonton akan berada di Corinthians Arena di Sao Paulo bagi menyaksikan upacara pembukaan itu dan perlawanan pembukaan antara Brazil dan Croatia.

Lebih satu bilion penonton dijangka menyaksikan upacara itu secara langsung di seluruh dunia.

Menang Piala FA, Pahang ke Piala AFC tahun depan

Shah Alam: Pemain tengah Pahang, Mohd Faizol Hussain yang dinobatkan pemain terbaik final Piala FA malam kelmarin tidak pernah meragui kemampuan rakan sepasukannya untuk bangkit walaupun ketinggalan pada sebahagian besar perlawanan.
Mohd Faizol Husain raikan jaringan pertama Pahang (Pic via Harian Metro)

“Apabila dimasukkan ketika pasukan ketinggalan, saya merasa sedikit tekanan. Namun keyakinan saya tetap menebal untuk kami mempamerkan kebangkitan kerana sudah banyak kali kami melakukannya terutamanya dalam aksi Liga Super.

Terdapat perlawanan di mana kami ketinggalan kepada lawan namun berjaya bangkit, itu yang mencetuskan keyakinan,” katanya yang meraih piala ketiga bersama Pahang selepas Piala Malaysia 2013 dan Sumbangsih pada awal tahun ini.

Pemain gantian itu hadir pada minit ke-70 menggantikan Azidan Sarudin dan dia tidak perlu menunggu lama untuk meledak jaringan penyamaan apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti gagal dijangkau penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun pada minit ke-79 untuk menceriakan kira-kira 50,000 penyokong Tok Gajah di Stadium Shah Alam.

“Ketika itu saya tidak mempunyai banyak pilihan dan masa semakin suntuk, jadi saya melepaskan rembatan dan syukur ia menerjah jaring.

Namun dalam sesi latihan saya selalu berlatih menjaringkan gol dari luar kotak penalti,” katanya yang turut meledak jaringan hampir sama ketika menumbangkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di separuh akhir.

Malah menerusi sepakan percuma yang dilakukannya pada minit ke-89, berjaya disambut seorang lagi pemain gantian, Zesh Rahman untuk disudahkan Dickson Nwakaeme bagi membolehkan Pahang menang 2-1 sekali gus menjuarai edisi ke-25 serta menempah slot ke Piala AFC tahun depan. - hmetro

17 fakta menarik tentang orang kidal



tangan kidal





1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung
     menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).
7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.
10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Imam Besar Masjid Negeri Selangor meninggal

SHAH ALAM 9 Jun - Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd. Sidin Al-Muqri, 40, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam ini.
Allahyarham yang dimasukkan di Unit Rawatan Koronari, IJN pada 4 Jun lalu, meninggal dunia pada pukul 9.07 malam ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada malam ini untuk dimandi dan dikafankan.

Allahyarham dijangka dikebumikan esok.