Wednesday, June 11, 2014

Pembinaan Menara Warisan sudah bermula









KUALA LUMPUR 19 Mac - Pembinaan Menara Warisan setinggi 118 tingkat yang menelan perbelanjaan RM5 bilion dan terletak berhampiran Stadium Merdeka di sini telah dimulakan pada tahun ini, setelah tertangguh beberapa tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah berkata, kos perbelanjaan dan reka bentuk bagaimanapun kekal seperti yang telah dirancang.
Katanya, menara itu dijangka siap menjelang 2018 dan kompleks keseluruhan meliputi hotel dan premis perniagaan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
"Kerja-kerja menanam cerucuk untuk menara itu telah pun siap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) di sini hari ini.
Pengumuman itu telah dilakukan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Ketika ditanya mengenai pengenalan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), Hamad Kama Piah berkata, PNB akan mengumumkan mengenai perkara itu seawal minggu pertama April ini.
Katanya, beliau berharap ASB2 dapat menarik penyertaan dalam kalangan generasi muda

.
"ASB2 mampu memberikan pulangan yang baik, bagaimanapun PNB tetap mengambil perhatian terhadap risiko-risiko pelaksanaannya," ujarnya.


No comments:

Post a Comment